Tapak web TractManager, Inc. ("Tapak web") adalah perkhidmatan komunikasi dan maklumat vendor dalam talian yang disediakan oleh TractManager, Inc. ("TractManager"). Akses dan penggunaan tapak Web adalah tertakluk kepada pematuhan terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian ini ("Perjanjian"). Sila ambil masa untuk memeriksa dokumen ini dengan teliti dan memahami kandungannya sepenuhnya sebelum mengakses atau menggunakan tapak Web. Dengan mengakses atau menggunakan tapak Web, anda bersetuju untuk terikat di sisi undang-undang dengan terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Anda sepatutnya tidak mengakses atau menggunakan tapak Web jika anda tidak mahu terikat dengan terma dan syarat ini, tanpa pengecualian. Perjanjian ini mungkin diubahsuai pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan, dan apa-apa pengubahsuaian akan dikuatkuasakan serta merta selepas diposkan. Dengan mengakses dan menggunakan tapak Web ini anda bersetuju dengan penyemakan berkala Perjanjian ini dan untuk terikat dengan apa-apa pengubahsuaian atau pindaan pada Perjanjian ini.
Dengan mengakses dan menggunakan tapak Web anda dengan ini bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya Dasar Pengendalian ("Dasar") yang dinyatakan di bawah. Dasar tersebut adalah peraturan yang mengawal penggunaan, dan aktiviti berkaitan dengan Tapak web. TractManager mempunyai hak untuk meminda Dasar tersebut tanpa pemberitahuan dan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dianggap sesuai.
TractManager adalah pembuat keputusan tunggal bagi penggunaan Tapak web dan oleh yang demikian berhak untuk melarang atau mengeluarkan sebarang bahan atau komunikasi, yang mana TractManager percaya dalam budi bicara mutlaknya melanggar Dasar tersebut.
Terma dan syarat undang-undang tambahan yang dinyatakan di bawah, serta terma dan syarat di atas, terpakai untuk penggunaan Tapak web. Penggunaan dan/atau akses ke Tapak web membentuk penerimaan terma dan syarat undang-undang ini. Komunikasi anda pada, atau melalui, Tapak web adalah tidak diedit, ditapis, atau sebaliknya dikawal oleh MediTract. TractManager TM tidak dapat dan tidak menapis semua kandungan yang diberikan oleh penggunaTapak web. Walau apapun yang di atas, TractManager mempunyai hak untuk mengawasi kandungan pada Tapak web dan untuk mengeluarkan kandungan yang diputuskan oleh TractManager mengikut budi bicara mutlaknya, adalah berbahaya, melampau, atau sebaliknya melanggar dasar pengendalian ini. Untuk mengekalkan perkhidmatan bermaklumat dan bernilai yang menepati keperluan pengguna Tapak web dan mengelakkan bahaya yang boleh diakibatkan daripada penyebaran pernyataan yang palsu, berniat jahat, melanggar hak orang lain, atau sebaliknya berbahaya, adalah perlu untuk menetapkan peraturan berikut bagi menghalang penyalahgunaan:
Apabila menggunakan tapak Web anda tidak boleh:
(I) menghantar sebarang mesej tanpa menyertakan nama atau menggunakan nama palsu;
(II) menghantar sebarang maklumat yang menyalahi undang-undang, mengugut, mengecam, mengganggu, libel, memfitnah, lucah, pornografi, mencabul atau lain-lain maklumat yang akan dibantah termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana penghantaran yang membentuk atau menggalakkan perbuatan yang menyebabkan kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil, atau selainnya di bawah sebarang undang-undang berkaitan. TractManager mempunyai hak untuk mengambil tindakan tertentu yang dianggap sesuai, termasuklah tetapi tidak terhad kepada mengeluarkan kandungan tersebut dengan serta merta, sekiranya Tapak web digunakan untuk menyebarkan pernyataan yang menjelikkan atau berbahaya.
(III) menghantar apa-apa mesej yang mendedahkan perkara persendirian atau peribadi berkenaan dengan sesiapapun, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, mesej atau maklumat yang akan melanggar hak persendirian atau publisiti seseorang itu;
(IV) menghantar apa-apa maklumat, fail atau perisian yang mengandungi virus, atur cara cecacing, atur cara kuda Troy atau apa-apa ciri lain yang mencemarkan atau merosakkan;
(V) menghantar apa-apa mesej, data, imej atau program yang akan melanggar hak harta tanah orang lain, termasuklah teks, imej atau programs berhak cipta yang tidak dibenarkan, rahsia perdagangan atau maklumat pemilikan sulit lain, serta tanda dagangan atau tanda perkhidmatan yang digunakan dalam cara yang melanggar hak-hak tersebut;
(VI) campur tangan, dalam apa-apa cara, dengan penggunaan lain atau akses kepada Tapak web;
(VII) menawar untuk menjual barangan haram, termasuklah barangan palsu.
Jika anda tidak berpuas hati dengan Tapak web atau dengan apa-apa terma, syarat, peraturan, polisi, garis panduan atau amalan TractManager dalam mengendalikan Tapak web, satu-satunya remedi anda adalah menghentikan penggunaan tapak Web.
TractManager adalah syarikat yang didaftarkan di bawah undang-undang Negeri Delaware. Komitmen dan tanggungjawab dinyatakan di bahagian lain dalam Tapak web ini dan disertakan sebagai rujikan di sini, adalah bahagian penting Perjanjian ini. TractManager mengekalkan budi bicara mutlak untuk membuat keputusan berkaitan dengan apa-apa penggunaan Tapak web ini.
TractManager mempunyai hak untuk membatalkan atau memadam senarai atas apa-apa sebab sekiranya dianggap perlu, tanpa pemberitahuan.
TractManager tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan atau masalah teknikal dengan kefungsian tapak atau penghantaran mel elektronik. TractManager tidak bertanggungjawab atas kesilapan dalam spesifikasi, gambar atau ilustrasi, kesilapan tipografi atau fotografi, atau kefungsian perisian atau perkakasan tapak ini.
TractManager tidak menyatakan, memberi waran atau menjamin bahawa mana-mana produk yang disenaraikan pada tapak akan terdapat untuk pembelian atau tidak ditarik balik oleh vendor yang tersenarai pada bila-bila masa.
MediTract, tidak pada bila-bila masa, mewakili mana-mana pihak yang mengepos barangan pada tapak ini dan tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara atas ketepatan, kefungsian, spesifikasi atau mana-mana aspek lain barangan diposkan.
Anda memahami bahawa, selain daripada maklumat, produk atau perkhidmatan yang secara jelas dikenal pasti sebagai dibekalkan terus oleh MediTract, TractManager tidak mengendalikan, mengawal, mengendors, menjamin atau menyatakan apa-apa maklumat, produk atau perkhidmatan pada, atau mengakses melalui, tapak Web ini dalam apa-apa cara.
Selain daripada maklumat, produk atau perkhidmatan TractManager yang dikenal pasti, semua maklumat, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam tapak Web adalah ditawarkan oleh pihak ketiga yang tidak bergabung dengan, atau bukan di bawah kawalan, MediTract. TractManager tidak akan dan tidak menjamin, menyatakan atau memberi waran yang fail atau perisian dalam apa-apa jenis, atau dari mana-mana sumber, yang tersedia untuk digunakan atau dimuat turun melalui tapak Web, bebas daripada jangkitan atau virus, atur cara cecacing, atur cara kuda Troy atau lain-lain kod atau kecacatan yang menunjukkan sifat mencemar atau memusnah.
Anda bertanggungjawab untuk memasang tembok api, perlindungan, prosedur dan titik semak yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tertentu untuk melindungi sistem anda dan/atau ketepatan input dan output data, dan untuk mewujuskan alat luaran daripada tapak Web untuk membina semula data yang hilang.
DENGAN MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN TAPAK WEB INI, ANDA MENERIMA TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO PENGGUNAAN TAPAK WEB INI DAN APA-APA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA. TAPAK WEB INI DISEDIAKAN ATAS DASAR "SEBAGAIMANA SEDIA ADA" TANPA APA-APA BENTUK JAMINAN SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUKLAH TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT BOLEH NIAGA, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, TIADA PELANGGARAN ATAU HAK MILIK. TRACTMANAGER TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESILAPAN ATAU KETINGGALAN DALAM TAPAK WEB INI ATAU TAPAK WEB LAIN YANG MUNGKIN DIRUJUK ATAU DIPAUTKAN KEPADA TAPAK WEB INI. RUJUKAN KEPADA SYARIKAT, PERKHIDMATAN, MAKLUMAT ATAU PRODUK MEREKA ADALAH DIBERIKAN "SEBAGAIMANA SEDIA ADA" TANPA APA-APA BENTUK JAMINAN, SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRAT TERMASUKLAH TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT BOLEH NIAGA, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, TIADA PELANGGARAN ATAU HAK MILIK.. TRACTMANAGER TIDAK MEMBUAT REPRESENTASI ATAU WARANTI BERKAITAN FUNGSI PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG TERDAPAT MELALUI TAPAK WEB INI APABILA MENGENDALIKAN TARIKH DALAM ATAU SELEPAS TAHUN 2000, DAN MENAFIKAN APA-APA LIABILITI ATAS KEGAGALAN MEREKA UNTUK MENGURUSKAN TARIKH TERSEBUT DENGAN BETUL.
TRACTMANAGER TIDAK AKAN BERTANGGUNG KEPADA PENGGUNA ATAU MANA-MANA PIHAK LAIN DALAM APA JUA KEADAAN UNTUK APA-APA GANTI RUGI KHAS, SAMPINGAN, APA JUA JENIS GANTI RUGI TIDAK LANGSUNG ATAU BERTURUTAN, TERMASUK, TANPA HAD, YANG DIAKIBATKAN OLEH KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA, JUALAN, NAMA BAIK ATAU KEUNTUNGAN, SAMA ADA TRACTMANAGER TELAH DINASIHATKAN ATAU TIDAK MENGENAI KEMUNGKINAN TERSEBUT, ATAU DI BAWAH APA-APA TEORI LIABILITI UNDANG-UNDANG ATAU EKUITI, DALAM TORT, KONTRAK ATAU SELAINNYA, TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN, KOMUNIKASI ATAU PENGHANTARAN DENGAN ATAU OLEH TAPAK WEB. MAKLUMAT TERMASUK DALAM TAPAK WEB INI MUNGKIN TERMASUK KETIDAKTEPATAN TEKNIKAL ATAU LAIN-LAIN ATAU RALAT TIPOGRAFI. TractManager TIDAK MENYEMAK SEMULA ATAU MENGESAHKAN SEBARANG MAKLUMAT, PRODUK, PERKHIDMATAN, ATAU TUNTUTAN YANG DIBUAT DI TAPAK WEB. PENINGKATAN, PENGUBAHSUAIAN DAN/ATAU PEMINDAAN (KESELURUHANNYA "PERUBAHAN") ADALAH DIBUAT SECARA BERKALA KEPADA PERJANJIAN INI; PERUBAHAN INI AKAN DIGABUNGKAN KE DALAM TAPAK WEB. TractManager MUNGKIN MEMBUAT PENINGKATAN DAN/ATAU PEMINDAAN KEPADA TAPAK WEB PADA BILA-BILA MASA DENGAN ATAU TANPA PEMBERITAHUAN. MANA-MANA ATAU SEMUA BAHAGIAN PENAFIAN INI AKAN TERPAKAI SECARA AUTOMATIK KEPADA SEMUA PENINGKATAN DAN/ATAU PEMINDAAN SEPERTIMANA YANG KELIHATAN. IA ADALAH TANGGUNGJAWAB MUTLAK PENGGUNA UNTUK MENILAI KETEPATAN, KESEMPURNAAN DAN KEBERGUNAAN SEMUA MAKLUMAT, PERKHIDMATAN, DAGANGAN YANG DIBERIKAN MELALUI TAPAK WEB. TractManager TIDAK DAN TIDAK AKAN MENJAMIN, MEMBUAT PERNYATAAN ATAU WARAN BAHAWA TAPAK WEB TIDAK AKAN ADA GANGGUAN ATAU TIADA KESILAPAN ATAU KECACATAN DALAM TAPAK WEB AKAN DIBETULKAN.
TractManager TIDAK MEMBEKALKAN MAKLUMAT RAWATAN KLINIKAL ATAU NASIHAT PERUBATAN DAN APA-APA NASIHAT ATAU MAKLUMAT YANG ANDA MUNGKIN TERIMA MELALUI TAPAK WEB BUKANLAH PENGGANTI KEPADA PENJAGAAN PERUBATAN PERIBADI.
TractManager TIDAK BOLEH DAN TIDAK MENJAMIN ATAU MEMBERI WARAN MENGENAI APA-APA MAKLUMAT PERUBATAN ATAU KLINIKAL YANG ANDA MUNGKIN TERIMA MELALUI TAPAK WEB. PAUTAN KEPADA TAPAK PIHAK KETIGA DALAM LAMAN TERSEBUT ADALAH UNTUK KEMUDAHAN ANDA DAN RANGKUMAN PAUTAN TAPAK WEB TERSEBUT TIDAK MENUNJUKKAN APA-APA PENGESAHAN, JAMINAN, WARANTI ATAU REPRESENTASI OLEH TractManager MENGENAI PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN KEPADA ANDA OLEH TAPAK TERSEBUT. JIKA ANDA MEMERLUKAN MAKLUMAT PERBUATAN BERTAULIAH ATAU SOKONGAN UNTUK KEADAAN PERUBATAN ANDA, KAMI MENYARANKAN ANDA MENGHUBUNGI PAKAR PERUBATAN ANDA UNTUK NASIHAT PENJAGAAN KESIHATAN PERIBADI.
Tapak ini mungkin mengandungi pautan atau penuding ke tapak yang diselenggarakan oleh pihak ketiga. TractManager tidak mengendalikan atau mengawal, dalam apa jua keadaan, apa-apa perisian, perkakasan, maklumat, produk atau perkhidmatan yang diterima pada atau melalui tapak pihak ketiga. Pautan atau penuding pihak ketiga dimasukkan hanya untuk kemudahan Rakan Kongsi semata-mata, dan tidak membentuk apa-apa pengesahan, representasi, waranti, atau jaminan oleh TractManager mengenai tapak pihak ketiga tersebut. RAKAN KONGSI menerima tanggungjawab dan risiko mutlak bagi penggunaan pautan dan penuding pihak ketiga tersebut.
Untuk memberikan sumber menyeluruh kepada profesional penjagaan kesihatan, TractManager telah mengumpul maklumat penawaran produk dan perkhidmatan daripada banyak sumber. Ketepatan penyenaraian tidak semestinya telah disahkan oleh organisasi yang disenaraikan. Penawaran yang ditunjukkan mungkin tidak lagi terdapat dari organisasi yang disenaraikan atau mungkin tidak tedapat di semua negara. Jika anda percaya mana-mana maklumat adalah tidak tepat, sila hubungi MediTract di info@meditract.com.
TractManager amat memgutamakan maklumat sulit ahli dan pelawatnya. Maklumat yang diberikan melalui TractManager, Inc. tidak dijual atau diberikan kepada pihak lain dan hanya dihantar kepada vendor yang anda pilih atas permintaan anda.
Atur cara komputer yang terkandung di tapak lain atau media elektronik lain mengandungi harta intelektual dan maklumat milikan lain TractManager All, hak milik kepada, pemilikan bagi, dan hak dalam dan ke atas perisian termasuklah penambahan, peningkatan dan tambahan lain hendaklah kekal sebagai harta mutlak dan ekslusif MediTract dan TractManager.
Semua perisian dan perkakasan yang terlibat dalam tapak ini adalah harta eksklusif TractManager, Inc.. Perisian ini, termasuk tanpa had semua kod HTML, Program Java dan kawalan ActiveX yang terkandung dalam tapak ini, dimiliki secara eksklusif oleh TractManager, Inc., adalah dan hendaklah, semaksimum mungkin, dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan peruntukan triti antarabangsa.
Apa-apa pengeluaran semula, pengagihan semula, pertunjukan awam, pameran atau penciptaan kerja terbitan perisian secara jelas dilarang oleh Perjanjian ini dan tindakan undang-undang sepenuh yang mungkin akan diambil terhadap pelanggaran. Setakat mana perisian ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta, orang yang melanggar undang-undang tersebut akan diberi notis bahawa mana-mana pelanggaran tersebut mungkin mengakibatkan penalti sivil dan jenayah yang teruk. Orang yang melanggar undang-undang tersebut akan didakwa semaksimum yang mungkin. Anda tidak akan mempunyai hak atau tuntutan hak ke atas perisian atau apa-apa idea unik yang ditemui dalam tapak ini.
Semua data dan bahan yang didigitalkan oleh TractManager bagi pihak anda, akan dilesenkan secara eksklusif kepada TractManager hanya untuk tujuan penggunaan dalam Tapak. Anda, atau mana-mana ejen atau pihak lain bagi pihak anda, bersetuju bahawa anda tidak akan memasuki Tapak untuk menggunakan data yang didigitalkan oleh TractManager untuk apa-apa tujuan lain selain daripada yang dinyatakan dalam terma dan syarat ini, tanpa persetujuan bertulis yang nyata daripada MediTract.
MENYALIN ATAU MENGELUARKAN SEMULA PERISIAN KEPADA MANA-MANA PELAYAN ATAU LOKASI LAIN BAGI PENGELUARAN SEMULA ATAU PENGEDARAN SEMULA SELANJUTNYA ADALAH DENGAN JELAS DILARANG.
Penggunaan, penduaan atau pendedahan Perisian oleh Kerajaan akan tertakluk kepada larangan yang dinyatakan dalam sub-perenggan (a) sehingga (d) klausa Hak Sekatan-Komputer Komersial di FAR 52.227-19 jika berkaitan, atau dalam perenggan sub (c0 (1) (ii) klausa Hak dalam Data Teknikal dan Perisian Komputer dalam Tambahan FAR. Kontraktor/Pengilang adalah URL TractManager: http://www.tractmanager.com.
TractManager dengan ini memberikan anda lesen peribadi, tidak boleh pindah milik untuk menggunakan perisian untuk melihat dan juga menggunakan tapak ini mengikut terma dan syarat, dan bukan untuk tujuan lain.
Anda perlu mengganti rugi, membela dan melepaskanTractManager, Inc dan syarikat induk, subsidiari, sekutunya, dan pengarah, pegawai, pekerja, ejen, dan subkontraktor mereka daripada semua tuntutan, tindakan, liabiliti, kerugian, perbelanjaan, kerosakan dan kos, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, bayaran peguam yang munasabah, yang mungkin pada bila-bila masa ditanggung atas sebab (i) apa-apa tuntutan yang timbul daripada pelanggaran atau tuduhan pelanggaran representasi atau waranti Hospital yang terkandung di dalam Perjanjian ini, (ii) apa-apa tuntutan berdasarkan dakwaan kesilapan atau peninggalan atau salah nyata dalam senarai Pihak tersebut, (iii) apa-apa virus, atur cara cecacing, atur cara Kuda Troy atau ciri lain yang mencemarkan atau merosakkan yang terkandung dalam senarai Pihak tersebut, atau (iv) apa-apa tuntutan lain yang dibuat oleh pihak ketiga yang mempunyai asas dalam kontrak atau tort, dalam undang-undang atau dalam ekuiti, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, campur tangan dalam kontrak atau manfaat ekonomi prospektif, pelanggaran kontrak, kecuaian, salah nyata, kecuaian yang melampau, liabiliti produk atau liabiliti produk yang ketat.
TractManager tidak membekalkan maklumat rawatan klinikal atau nasihat perubatan dan apa-apa nasihat atau maklumat yang mungkin anda terima melalui Tapak web bukanlah pengganti untuk penjagaan perubatan peribadi. TractManager tidak boleh dan tidak menjamin atau memberi waran terhadap apa-apa maklumat perubatan atau klinikal yang mungkin anda terima melalui Tapak web. Pautan kepada tapak pihak ketiga tersebut dalam laman tersebut adalah untuk kemudahan anda dan rangkuman pautan tapak web tersebut tidak membentuk apa-apa pengesahan, jaminan, waranti atau representasi oleh TractManager untuk kualiti dan ketepatan produk atau perkhidmatan yang diberikan kepada and oleh mana-mana tapak tersebut. Jika anda memerlukan maklumat perubatan yang bertauliah atau sokongan untuk keadaan perubatan anda, kami menyarankan anda menghubungi pakar perubatan anda untuk nasihat penjagaan klinikal.
Pertanyaan anda tidak disemak semula atau diedit oleh MediTract, yang menggunakan maklumat dibekalkan vendor untuk menghantar mesej anda. TractManager tidak menjamin ketepatan atau tepat masa penghantaran bagi pertanyaan anda, tetapi TractManager akan mengambil usaha munasabah untuk menghantar mesej anda dalam cara yang menepati masa.
Perjanjian ini hendaklah dianggap merangkumi semua pemberitahuan lain, polisi, penafian, dan terma lain yang terkandung dalam tapak ini; jika, walau bagaimanapun, sekiranya terdapat konflik di antara terma-terma lain dengan terma-terma Perjanjian ini, terma-terma Perjanjian ini akan mengawal.
Bidang Kuasa, Tempat, Pilihan Undang-undang, Timbang-tara Perjanjian ini dikawal oleh undang-undang Negeri Tennessee, AS tanpa mengambil kira konflik undang-undang utama. Anda bersetuju dengan bidang kuasa ekslusif dan tempat mahkamah di Hamilton County, Tennessee, A.S. dalam semua pertikaian yang timbul kerana atau berkaitan dengan penggunaan tapak Web Internet ini.
Penggunaan tapak ini adalah tidak dibenarkan di mana-mana bidang kuasa, yang tidak menguatkuasakan semua peruntukan terma dan syarat ini, termasuklah tanpa had perenggan ini. Pelaksanaan Perjanjian ini oleh TractManager, Inc. adalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada dan proses undang-undang di Negeri Tennessee dan tiada apa yang terkandung dalam Perjanjian ini mengurangkan hak TractManager untuk mematuhi permintaan atau keperluan penguatkuasa undang-undang berkaitan dengan penggunaan anda pada tapak ini atau maklumat diberikan kepada atau dikumpulkan oleh TractManager untuk penggunaan tersebut.
Jika mana-mana bahagian Perjanjian ini diputuskan sebagai tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan menurut undang-undang yang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penafian waranti atau had liabiliti yang dinyatakan di atas, peruntukan yang tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan tersebut hendaklah dianggap telah digantikan dengan peruntukan yang sah dan boleh dikuatkuasakan yang menyamai tujuan peruntukan yang asal tersebut dan bahagian Perjanjian yang selebihnya akan terus berkuatkuasa.
Perjanjian ini membentuk perjanjian sepenuhnya di antara anda dan TractManager berkenaan dengan tapak ini dan ia menggantikan semua komunikasi oral, bertulis atau elektronik serta cadangan sebelum ini atau semasa di antara anda dan TractManager berkenaan dengan tapak ini. Versi bercetak Perjanjian ini dan apa-apa pemberitahuanyang diberikan dalam bentuk elektronik adalah boleh diterima dalam prosiding kehakiman atau pentadbiran berdasarkan atau berkaitan dengan Perjanjian ini sepertimana dan tertakluk kepada syarat yang sama seperti dokumen perniagaan dan rekod lain yang dihasilkan dan disimpan dalam bentuk bercetak.
Anda bersetuju bahawa apa-apa pertikaian atau kontroversi yang timbul daripada atau berkaitan dengan apa-apa takrifan, tafsiran, pelaksanaan atau pelanggaran Terma dan Syarat ini atau apa-apa perjanjian yang menggabungkan terma dan syarat ini dirujuk, perlu diselesaikan melalui timbang-tara yang akan diadakan di Hamilton County, Tennessee, mengikut peraturan American Arbitration Association yang ketika itu berkuat kuasa. Penimbang tara boleh memberikan injuksi atau relief dalam pertikaian atau kontroversi tersebut. Keputusan penimbang tara adalah muktamad, konklusif dan mengikat Pihak-pihak dalam timbang-tara tersebut. Penghakiman boleh dimasukkan berdasarkan keputusan penimbang tara di mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa. Setiap Pihak perlu membayar sebahagian daripada kos dan perbelanjaan timbang-tara tersebut, dan setiap daripada mereka perlu membayar yuran dan perbelanjaan guaman mereka secara berasingan.
Mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata di sini adalah terpelihara.
Pemberitahuan Hak Cipta dan Tanda Dagangan Seluruh kandungan tapak Web adalah berhak cipta di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat. TractManager adalah pemilik eksklusif hak cipta tersebut.
"TractManager" adalah tanda dagangan/tanda khidmat berdaftar TractManager, Inc.