Eksekutif penjagaan kesihatan memerlukan penyelesaian pengurusan kontrak yang direka khusus untuk menghadapi cabaran mereka yang semakin bertambah: keperluan pematuhan yang berkembang, pengekalan pakar perubatan, konsolidasi pembekal, pusing ganti pekerja dan desakan untuk mengurangkan kos. Sistem penjagaan kesihatan yang mempunyai kawalan yang tidak mencukupi ke atas kontrak mereka mungkin terlebih berbelanja tanpa diperlukan. Mereka sering membuat pembayaran pada kontrakyang telah tamat tempoh, menanggung bayaran lewat, dan terlepas peluang untuk merundingkan semula atau menamatkan kontrak perkhidmatan, atau bertindak terhadap beli habis pajakan peralatan.
Penyelesaian pengurusan kontrak penjagaan kesihatan MediTract memberikan anda banyak peluang untuk mengurangkan atau mengelakkan kos sebagai amalan perniagaan yang biasa.
Sebagai sebahagian daripada penyelesaian kami, MediTract menyampaikan perkhidmatan yang melengkapi perisian pengurusan kontrak kami. Perunding kami yang bepengetahuan luas bekerjasama dengan anda untuk memilih tawaran pengurusan kontrak bersepadu yang benar-benar sesuai untuk keperluan unik organisasi anda. Kemudian kami memberikan semua usaha yang diperlukan untuk mengimbas, membina, mengekalkan dan mengemas kini fail kontrak organisasi anda. Kami menggunakan proses yang dipatenkan untuk membina pangkalan data kontrak dan dokumen yang tersuai dan terpusat.
Penyelesaian berasaskan web boleh diakses melalui sambungan dalam talian yang selamat, membolehkan organisasi anda untuk berkongsi satu sumber maklumat pada masa yang sama dengan beribu-ribu pekerja di pelbagai lokasi. Tahap keselamatan pengguna yang terperinci menjadikan maklumat pangkalan data hanya boleh diakses oleh pekerja yang dibenarkan untuk melihat fail kontrak yang khusus.