Sebelum menyertai Syarikat, Mr. Rizk adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah bagi Mack-Cali Realty Corporation (NYSE: CLI), sebuah Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) yang berpusat di Cranford, New Jersey. Sepanjang tempoh beliau memegang jawatan tersebut, Mr Rizk telah membangunkan Cali sehingga menjadi REIT serantau yang terkemuka di mana beliau telah mengetuai proses tawaran awam permulaan syarikat tersebut yang amat berjaya pada tahun 1994. Beliau lah yang bertanggungjawab memantapkan kedudukan Cali sebagai satu daripada REIT dagangan awam yang paling pesat berkembang di AS. Sewaktu persaraannya pada April 1999, Cali mempunyai jumlah keseluruhan pelaburan melebihi $3 bilion. Sebelum menyertai Mack-Cali, Mr. Rizk adalah Naib Presiden dan Ketua Peguam di Dubnoff & Koch, firma pembangunan harta tanah yang berpusat di New Jersey. Sebagai seorang peguam, Mr. Rizk mengkhusus dalam bidang penggabungan dan pemerolehan, undang-undang harta tanah dan korporat. Mr. Rizk juga telah menghabiskan beberapa tahun dalam industri televisyen kabel, menjalankan kerja-kerja penggabungan dan pemerolehan semasa tempoh transisi dan penyahkawalseliaan. Mr Rizk telah menerima ijazah B.A. dalam pentadbiran perniagaan dari Rutgers University, ijazah J.D. dari Rutgers University School of Law, dan L.L.M. dalam pencukaian dari New York University School of Law.